Saturday, May 11, 2013

Projek Avakadabra Mula!

Dah lama dah nak plan start buat blog. Kita cerita pasal projek. Hidup misti kena ada projek. Baru lah ada matlamat hidup. Baru lah hidup awak tak bosan nak mati.


Saya ada impian kecil. Impian saya mula dengan menghimpun manga manga (komik jepun) kegemaran.  Setakat ini saya baru saja menghimpun beberapa manga, yang boleh dikatakan terlampau awesome nak mati. Sebenarnya tak penuh semua jilid lagi. Masih lompong-lompong.

Sama juga dengan koleksi novel Harry Potter dan banyak lagi novel yang best best lagi. Itu pun masih lagi dimulakan.

Kiranya, koleksi saya adalah masih kecil. Itu lah tujuannya saya terbitkan blog ini. Untuk memberi motivasi kepada saya untuk mendokumetasi segala koleksi saya. 

Saya mahu mulakan dengan projek manga.

Saya memanggilnya, Projek Manga: Avakadabra.

Setakat ini saya sudah menghimpun hampir 20 ke atas jilid One Piece versi BM terbitan Comic House, Dragon Ball vol 2 versi BM terbitan Comic House  dan lagi manga dalam simpanan saya akan saya rekodkan pada masa yang akan datang. 

Saya juga telah mengenalpasti beberapa lokasi kedai buku yang boleh dapat memenuhkan koleksi saya ini.  Lokasi itu saya akan sertakan kemudian hari. Tetapi buat masa ini saya akan senaraikan beberapa manga yang saya rasa sangat awesome nak mati.

  1. Dragon Ball - Akira Toriyama
  2. One Piece - Eichiiro Oda
  3. 20th Century Boys  -  Naoki Urasawa
  4. 21st Century Boys -  Naoki Urasawa
  5. Monsters - Naoki Urasawa
  6. Death Note - Tageshi Obata / Tsugumi Ohba
  7. Pluto - Naoki Urasawa / Osamu Tezuka
  8. Crayon Shin Chan - Yoshito Usui

Di samping itu ada juga manga manga yang tak berapa nak awesome yang mungkin saya himpun

  1. Naruto
  2. Bleach
  3. Full Metal Alchemist
  4. Red Rose Hip
  5. dan lain lain.

Setakat ini saja lah tulisan saya untuk post yang pertama.  Saya akan kembali dengan mengupdate jumlah komik yang saya ada sekarang